Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Definisi ukhuwah fillah abadan abada.

Bismillahirrahmanirrahim.

kredit


Peh. Sejuk sangat weh malam ni. Dah pakai sweater pun sejuk lagi. Peh pehh pehhh. Okay dah. Lelebih pulak aku ni.  

Ukhuwah fillah
Persaudaraan atau persahabatan kerana Allah.

Abadan abada
untuk selama-lamanya (inshaaAllah).

Aku tambah lagi benda penting pasal bersahabat kerana Allah ni.
Macam mana bersahabat kerana Allah? 

Seorang sahabat yang bersahabat kerana Allah seharusnya mempunyai 12 ciri di bawah;


1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik padamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan kamu.

25 comments:

  1. Sayang awak juga.
    Ukhuwah Fillah. :)
    <3

    ReplyDelete
  2. a very good entry! terima kasih

    ReplyDelete
  3. Ooo..best2 mohon copypast kn blh..

    ReplyDelete
  4. Ooo..best2 ..mohon copypaste kn blh...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum . . mohon share ya :) terima kasih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam warahmatullah :) InshaaAllah, silakan. Sesama ;)

      Delete
  6. sy tkpnh setia dlm pershbtn, once dah rapat, sy akan tinggalkan.
    sbb tksuka terikat dgn mereka-mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah, satu hari nanti, Dia akan beri awak rasa satu ukhuwah yang sangat erat untuk masuk syurga bersama sama ;)

      Delete
  7. Alhamdullilah, tambah ilmu baca ni.. Mon share ya... jemput singgah blog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :) share la awak. kita semua dapat ilmu ni pun dari yang Satu. sesama kongsi :)
      InshaaAllah awakk ;)

      Delete
  8. As slm admin,sy mohon share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam warahmatullah.

      Silakan. Moga ada secubit manfaat, inshaaAllah. Jzkk.

      Delete
  9. Alhamdulillah..syukran for the post. jazakillahu khayran katheera :-*

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, mohon share.. Jazzakallahhu khairan

    ReplyDelete
  11. Salam. Mohon share ye. Tq.

    ReplyDelete
  12. Allahu :') syukran awak hehe

    ReplyDelete