Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

D&T Short Film

\\ Short Film - Jeans vs Skirts


Ibrah review: 

Ia adalah mengenai penjagaan ikhtilat. Hati merupakan bahagian penting untuk dijaga sebaik mungkin.


Ibrah review: 

Di kala kita terleka dengan nafsu karatnya jahiliyah, ada antara saudara kita yang tidak pernah merasai 'nikmat' nafsu karat jahiliyah yang kita sedang hadapi sekarang. Dan alhamdulillah untuk mereka di sana, kerana mereka berjuang, bermatian untuk redha Allah, tapi kita? Mungkin sedang enak melayan drama atau mungkin sedang menangis sambil membayangkan kita di tempat pelakon tersebut sebagai hero/heroin. Semoga Allah memberi satu 'tamparan' hebat untuk kita, supaya bangun daripada lena yang sangat lama kita layankan tanpa tiada usaha langsung untuk berubah. Mulut sahaja kat nak berubah, hati dan niat? Allahu.


Ibrah review:

Kita milik Allah. Hati kita milik Allah. Kita selalu tanya, "Allah dah tak sayang aku ke?", "Allah tak dengar doa aku ke?", "Mana Allah saat aku perlukan Dia?", "Kenapa ujian ini berat sangat ya Allah?", dan bermacam-macam pertanyaan kita 'lemparkan kepada Allah s.w.t. Bila kita rasa macam ni, cek balik hati, baiki solat kita, baiki hubungan kita dengan Allah. 

Jika solat pun tak dijaga seeloknya, teguran Allah kita buat tak endah, jangan tanya kenapa bermacam musibah diberi. Kita sendiri yang lari daripada hidayah Allah, kita sendiri yang jauh daripada Allah! Allah tak pernah jauh daripada kita. Jadikan teguran Allah, sebagai ibrah untuk berubah. Sejarah dahulu banyak mengajar kita. Ambil ibrah daripada sejarah dahulu sehingga sekarang. Agaknya hati kita ini sudah terlalu membusuk dan hitamnya tak boleh nak dibandingkan dengan mana-mana ciptaan Allah di dunia ini. Astaghfirullahal 'azim. Benar, pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita, tetapi jangan sesekali tangguh taubat, kerana kematian itu akan tiba bila-bila. Jangan futur.


Ibrah Review:

Yakinkah kita, kita sempat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang seterusnya? Yakinkah kita?

"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

(HR Bukhari)


Ibrah Review:

Checklist untuk mula berubah:

  1. Solat - Baiki rukun dan segala apa yang berkait dengan solat.
  2. Cintai ilmu - Ilmu takkan datang kalau kita tak cari. Ilmu juga perlu dikongsi.
  3. Manfaat orang lain - Memberi manfaat kepada orang lain
  4. Akhlak - Baiki akhlak kita. Berkawan dengan semua jenis manusia. Berkawan biar seribu, bermusuh tidak perlu. Yang penting, tahu batasan (jaga ikhtilat, jaga pandangan) 
  5. Relationship dengan ١لله - Setelah baiki solat kita, solat wajib dijaga sebaiknya, amalkan pula solat-solat dan amalan sunat (dhuha, qiamullail, selawat dsb). Jangan lupa untuk sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah.
"Marriage is not about Love. It's about making Ummah"

Ibrah Review:

Rezeki, ajal, semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Dalam Islam, tidak ada istilah 'couple'. Kalau nak couple juga, kahwin dahulu, baru halal nak bersentuhan, pahala pun dapat, mashaaAllah. Daripada berfikir 24 jam mengenai jodoh dengan manusia, lebih baik mengumpul banyak ilmu untuk akhirat kelak. 

Cinta itu bukanlah hanya sesama manusia sahaja, tetapi cinta kepada Pencipta dan utusanNya kerana Cinta Ilahi, Cinta Abadi. Kita adalah hamba Allah, bukan hamba kepada ciptaan Allah.


Ibrah Review:

Bersahabatlah kerana Allah. Belajarlah terima baik dan buruk sahabat kita. Saling nasihat-menasihati, bertolak ansur, maaf-memaafkan, simpan aib sahabat dan apa-apa sahaja perkara baik yang kita sepatutnya lakukan bila bersahabat kerana Allah s.w.t. InshaaAllah. 


Sila klik pada tajuk short film untuk menonton. Semoga bermanfaat!


No comments:

Post a Comment