Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Terbangun awal? Tidur balik ke qiyam?



Pagi itu dia terbangun awal. Dia plan nak bangun subuh pukul 6.30. Haa. Nilah masa standard manusia manusia zaman sekarang solat subuh. Dia siap set dua alarm, 6.30 dengan 6.45 am. Yelah mana tahu kan kalau tak terbangun pukul 6.30, boleh bangun pukul 6.45. Kalau tak bangun bangun jugak, kira kalau masa tu dia meninggal, nasib dia lah. Kan solat tu wajib. Nak taknak kena jugak lawan syaiton syaitonirrajim. tskk. 

Tapi pagi tu dia tak bangun mengikut apa yang dia plan. Dia terbangun dalam pukul 5 cemtu. Bapak awal. Dia bukak mata, usha jam, plan nak tidur balik sebab sumpah mata berat sangat. Syaitonirrajim ni kemain gayut gayut kat mata dia. Haih. Tapi tiba tiba dia teringat kat ayat seorang hamba Allah ni, 'bila kita terbangun awal daripada yang kita plan, ada hikmahnya.' Allah kejut kita awal ada sebab. Sebab apa? Sebab Allah nak kita ingat kat Dia. Sebab terbangun awal, banyak sebab. Kita boleh buat banyak benda benda berfaedah. Contohnya macam kita boleh buat solat solat sunat, bersihkan diri, study, kemas kemas apa yang patut ke. 

Jadi pagi tu dia dah bertekad nak lawan syaitonirrajim. Peh. Susah woi nak lawan musuh kita yang sejak daripada zaman nabi Adam a.s lagi dah ada. Lawan punya lawan. Alhamdulillah. Dia menang. Dia bersihkan badan, kemas kemas apa yang patut dan terus pergi masjid solat berjemaah. Memandangkan masjid dekat je dengan rumah dia, dia kenalah rajin rajinkan diri pergi solat berjemaah kan. Dapat pahala lebih sikit. hehe. 

Dan bermula daripada hari itu, dia tanamkan azam baru, usaha baru, semangat baru untuk menjadi seorang Muslim yang bukan setakat pada nama dan IC je, tapi pada hati, iman, fizikal dan mental. InshaaAllah. Allah berkuasa atas segala-galanya. Kita hamba Allah, bukan hamba kepada ciptaan Allah. Keep it in our mind. Always. InshaaAllah :)



No comments:

Post a Comment