Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Ada ujian, ada hikmahNya.

kredit


Dulu dia jahil. Sekarang masih jahil, tapi ada peningkatan ke arah kebaikan. Semoga dia terus istiqomah dalam penghijrahannya, inshaaAllah.

Hari demi hari makin banyak ujian yang dia hadapi. Tapi takpe. Ujian demi ujian dari Allah ni lah yang buat dia menjadi orang yang sabar dan kuat. Dia nak jadik hamba Allah yang kuat dan sabar macam ibu dia. Apa apa? Ibu dia lah hamba Allah yang paling penyabar yang dia ada. Nak bandingkan ujian yang Allah bagi kat dia dengan ujian yang Allah bagi kat ibu dia, Ish ishh, Ibu dia lagi banyak ujian yang Allah bagi. tapi tengok, ibu dia masih sihat, happy, sabar sampai sekarang. Jadi, bila kita rasa kita ni asyik dapat ujian daripadaNya, jangan terlalu cepat mengeluh. Ada hikmahnya tu. Watlek je. 

Agaknya lah kan. Kalau Allah ignore je dia dengan hidup dia yang dulu, Tskk, macam sedih pun ada jugak. Mungkin dia lagi teruk dan takde perubahan. Makin hari makin teruk. Allahu. Dia bersyukur sebab ujian ini dia menjadi orang yang tidak terlalu jahil seperti dulu.

Dia masih jahil. dan masih mencari hidayah serta petunjuk dariNya. Dia akan terus dan terus beramal ibadah kepadaNya selagi dia bernafas, Dan tak lupa juga taubat. Allah Allah Allah. See? betapa hebatnya kuasa Allah. Ya Allah. macam mana agaknya keadaan orang bukan Islam? Ya Allah, berilah hidayah dan petunjuk, lembutkanlah, gerakkan lah hati mereka supaya mereka tertarik untuk belajar tentang Islam dan akhirnya mereka akan percaya bahawa Islam adalah satu satunya agama yang benar. Allahumma amin.


Maka, lazimi taubat.
Jangan rasa diri lebih 
baik daripada orang lain.





No comments:

Post a Comment