Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Hilangnya sebutir permata: Tok Guru Nik Aziz rahimahullah

Tok Guru Nik Aziz rahimahullah

Semalam. 
Sedang aku menyusun Yassin, al-Mathurat dan al-Manzil,
Notification telegram berbunyi.
Seorang sahabat memberitahu tntg berita itu.
Tersentak. Air mata aku tahan.
Yassin yg dipegang aku letakkan di sebelah aku.
Berkali-kali aku tanya soalan kpd sahabat.
Sungguh, aku tak percaya.
Degilnya hati aku tatkala itu hanya Allah yg tahu.
Air mata yg mengalir sedikit, aku seka perlahan.

Sebelum tahu berita itu, aku diingatkan berkaitan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. 
Dan juga Dato' Hasbullah Awang.
Beberapa minit slps mendapat berita itu,
Dgn respon aku spt masih tak mahu percaya tntg kesahihannya,
Akhirnya, aku diberitahu sendiri oleh anak beliau, Nik Muhammad Abduh, melalui status di fb.

Akhirnya airmata ini mengalir deras.
Mulai saat itu timeline dibanjiri perkhabaran itu.
Sampai saat ini, timeline masih dibanjiri kesedihan.
Ya, begitu juga timeline hidup kita.
Yang pergi akan tetap pergi, 
Buat kita yg masih diberi masa dan peluang ini,
Teruskan perjuangan kita dlm menegakkan Islam!

Tetiba aku terfikir.
Kalau respon aku begini,
Bagaimana pula respon keluarga beliau?
Bagaimana pula respon para sahabat yg rapat & pernah berjumpa beliau?

Selama 3 tahun aku di bumi Terengganu,
Aku langsung tak ambil pun peluang itu utk berjumpa murobbi yg disayangi ramai itu.
Bukan tak pernah terfikir mahu berjumpa.
Bukan tak pernah jejak kaki ke Kelantan sepanjang berada di sana.
Pernah. Tapi dgn alasan yg bukan-bukan,
Aku biarkan peluang itu pergi.
Kesal? Ya. Aku kesal. Kesal dgn sikap aku.
Org yg dah pergi, takkan kembali.

Wahai murobbi,
Kami sgt menyayangi dirimu,
Ilmu, kata-kata semangat itu akan kami simpan,
Sbg pembakar semangat kami.
Perjuangan Rasulullah, murobbi etc, kami akan teruskan.
Memang itu tugas kami spnjg berada di dunia ini.

Berehatlah tuan guru, di syurga Firdausi.
Moga ditempatkan di syurga yg tertinggi.
Dan moga kita bersama di sana nanti.
Moga moga.
Allahumma amin.

Buat kita,
Mati itu pasti,
Jika kita tahu bila kita mati,
Sudah pasti beramal ibadah tiada henti.
Mulalah dari sekarang, ya, saat ini!
Mulakan perubahan!
Kita bersama-sama.
Ada perkara yg lebih penting menanti kita!

Ya Allah, Ya Rasulullah,
Maafkan kami.

Tanah.
0817.
130215.

_________________________________

Kullu nafsin dzaaiqatul maut.
Ali-Imran: 185.

Timeline di banjiri dengan berita pemergian beliau.
Kasihnya kami pada beliau tak terbanding kasihnya Tuhan pada beliau.
Allah lebih menyayangi beliau.

Walaupun sudah pergi bertemu Ilahi.
Namun, segala kata-kata semangat dan ilmu itu masih berada dalam jiwa kami.
Perginya beliau pada malam Jumaat yg barakah ini.

Moga berbahagia di sisi Pencipta.
Moga ditempatkan bersama para syuhada'.
Allahumma amin.

Innalillahi wainna ilaihiroji'un.
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yassin untuk beliau.
Moga ahli keluarga beliau tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.

Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

Berehatlah di sana wahai murobbi yang dihormati dan disayangi.
Perjuangan ini kami akan teruskan sampai mati.

Wahai Rasulullah,
Sebutir lagi permatamu,
Pergi bertemu Ilahi.

Buat kita,
Persiapkanlah diri sebelum bertemu Ilahi.
Moga pengakhiran kita husnul khotimah.
Allahumma amin.

Tanah.
120215.
2245.

#kamisayangTGNA

"Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam."
-TGNA- 

Beliau dijemput Ilahi pada: 

2140,
120215,
Malam Jumaat Barakah.

Dikebumikan di:

Tanah Perkuburan Kg. Pulau Melaka.
Bersebelahan kubur ayahanda beliau yg tercinta, Allahyarham Tuan Haji Nik Mat.

Allahua'lam.


2 comments:

  1. Apa yang cik rasa saya rasakan jua. Arwah merupakan insan yang hebat. Bersyukur dapat kenali beliau hanya menerusi saluran media massa walaupun belum pernah bersua muka.

    ReplyDelete