Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Selamat tinggal, sahabat.



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Post ini mohon dibaca dengan hati yang husnuzhon dan lapang dada.
Ianya sekadar luahan dari hati yang penuh dosa ini, semoga ada secubit ibrah dan manfaat drpd post ini.

________________________


Sahabat,
Aku buat keputusan untuk pergi dan menjauhkan diri,
Bukan kerana aku membenci.

Wallahi,
Aku teramat menyayangi kau kerana Allah.
Dan kerana Allah juga, aku pergi membawa diri.

Sahabat,
Aku pergi bukan kerana kesilapan yang kau telah lakukan.
Langsung tidak.
Aku pergi kerana aku mahu lebih bergantung kepadaNya.
Aku pergi kerana aku yang jahat.
Aku pergi kerana aku tidak mahu menjadi seorang sahabat yang tidak berguna untuk kau.
Aku mahu perbaiki diri dan cuci hati ini.
Dan inshaaAllah, kembali kepada kau dengan sebuah impian untuk kita bersama-sama jumpa Allah dan Rasulullah di syurga.

Sahabat,
Maafkan aku kerana selalu 'membebel' kat kau.
Maafkan aku kerana selalu menasihati diri kau.
Maafkan aku kerana terlalu bertegas kepada kau.

Tapi percayalah.
Apa yang aku lakukan itu adalah kerana aku sayang kau.
Aku sayang kau kerana Allah.
Wallahi, sungguh, aku tak mahu menipu.

Cukuplah jahiliah aku dulu.
Cukuplah dosa dan maksiat yang aku pernah lakukan dahulu.
Aku tahu, sampai mati aku akan terus dipanggil PENDOSA.
Tapi tatkala aku berniat untuk tidak mahu mengulangi dosa dan maksiat tersebut.
Hadiah yang Allah kirimkan kepada aku semakin meningkat dan berat.

Dan tiba-tiba aku rasa seperti Allah memujuk aku.
"La yukallifullahu nafsan illa wus 'aha."

Ya.
Itu cuma perasaan aku sahaja.
Aku perasan ujian yang Allah kirimkan kepada aku sangat berat.
Sedangkan, Allah dah kata.
"Aku tidak memberati sesuatu kaum melainkan dengan apa yang termampu mereka tanggung."

Allah.
Maafkan aku.
Aku pendosa.
Aku mahu lebih mendekati Kau.
Aku mahu kembali kepada asalnya aku datang.

Daripada Kau aku datang, daripada Kau juga aku kembali.

Aku akan terus tawakal, berusaha dan berdoa.
Aku mahu letak segala pergantungan aku hanya kepada Kau.
Aku mahu sayang mereka kerana Kau.
Aku harus terus jalankan tanggungjawab aku sebagai hamba Kau.

Aku harus kuat kerana Kau!
Kerana Kau, aku masih mampu menaip post ini.
Kerana Kau, aku masih mampu menyedut oksigen dan melepaskan karbon dioksida ciptaan Kau ini.
Semuanya kerana kekuasaan dan kehebatan Kau.

Walaupun diri ini penuh dengan maksiat dan dosa.
Kau masih mahu pandang aku.
Terima kasih.
Alhamdulillah.

Sahabat,
Maafkan aku jika kau rasa kita sudah jauh, sudah tidak seperti dahulu.
Maafkanlah segala kesilapan yang aku pernah lakukan kepada kau.
Maafkan aku.

Ini semua kerana aku sayang kau kerana Allah.
InshaaAllah, jika ditakdirkan panjang umur si pendosa ini,
Aku mahu kembali kepada kau,
Memegang erat tangan kau, menuju ke syurga, untuk berjumpa Pencipta kita, kekasih Allah juga kita iaitu Rasulullah s.a.w, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan juga para kesayangan kita,
InshaaAllah, amin.

Moga Allah perkenankan doa ini.
Moga doa ini bukan hanya setakat ditaip di sini,
Moga doa ini juga di lazimi pada setiap kali sujud kepada Ilahi.

Allahumma amin.

Ya Rabbana, kuatkan kecintaan kami kepadaMu, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa sabar dalam menghadapi ujian dariMu dan taat kepada perintahMu, amin.


0209,
020315,
Tanah.

No comments:

Post a Comment