Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Ada problem dengan kawan?

kredit

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah again. Sekali lagi, dengan izin Allah, aku diberi peluang dan masa untuk update blog aku. *ayat pendahuluan akan sama seperti post sebelum-sebelum ini* kohkohkoh

Aku manusia. Hamba Allah. Bukan hamba kepada ciptaan Allah. Bila dah mengaku hamba Allah ni, faham-faham jelah. Buat semua benda yang Allah suruh. Bila dah taraf HAMBA ni, selayaknya kita memang kena ikut suruhan Pencipta. At least, kena berusaha untuk jadi lebih baik. Buat Pencipta kita sayang. Baru umphh. Umph katanya.

Apa yang Allah suruh? Dalam al-Quran ada. Maka, rajinkan tadabbur al-Quran. Malas? Rajinkan diri. Kenapa jawapan aku ringkas sangat? Sebab aku nak bagi korang berfikir. Jangan jadi terlalu malas sangat sampai berfikir pun malas.

Jika kita pandai letak status, info, bio, dan sebagainya di laman sosial kita iaitu: hamba Allah, maka, mulakanlah dari sekarang. Mungkin dulu tak sedar, jadi mulakan. Mungkin orang lain taknak mula, kitalah jadi pemula.

Nak tahu apa masalah kita? Masalah kita kat diri sendiri, masalah kat hati. Macam mana nak tahu hati kita dihinggapi penyakit hati? Malas, tak rasa berdosa bila buat dosa, dah tahu dosa taknak taubat, again, malas lagi, kita rasa kita punya masa, sekali kejap lagi tak sampai esok, kita dah mati. Nak cakap apa?

Ego, hasad dengki, nampak keburukan orang lain je, dikira penyakit hati. Aku bagi contoh antara kita dengan kawan-kawan. Sebab aku bagi contoh tu? Sebab aku tengok kebanyakan antara kita banyak sangat problem pasal kawan. Aku pun pernah je. Tipu la tu kalau tak pernah.

Aku ceritakan pengalaman aku masa kat U. Aku harap kalau ada orang yang kenal dan tahu cerita ni, buat donno je. Sebab aku nak memasing dapat ibrah (pengajaran), buang ego, jadi lebih matang, cuci-cuci hati yang dah terlampau kotor (termasuk aku), ambil yang positif drpd kisah ni. Yang negatif ambil juga tapi jangan ikut. Jadikan pengajaran.

--

Aku jenis yang suka berkawan. Kekadang macam tak sedar diri. Bertukar-tukar kawan. Bila dah dapat kawan yang best sikit, dah mula lupa kawan yang lagi satu. Senang kata aku ni memang tak sedar diri. Mulut cakap diri sendiri matang, tapi perangai/sikap tak menunjukkan langsung.

Ujian yang Allah bagi tak terkira, tapi nak dibandingkan dengan hamba-hamba Allah yang lain, mereka lagi hebat diuji drpd aku, itu kerana mereka adalah hamba-hamba Allah yang kuat dan sabar, inshaaAllah. Okay sambung balik. Aku ringkaskan, perangai aku ni serious annoying. Ya aku mengaku. Drpd aku cakap orang lain annoying, baik aku perasan buruk diri aku sendiri.

1) Aku tinggalkan kawan-kawan aku, tapi bersebab. Yang silapnya aku, aku tinggalkan mereka. Sepatutnya bila bersahabat ni, kita kena bersahabat kerana Allah. Bila dah bersahabat kerana Allah, kita kena saling terima, bantu, sokong, bila sahabat jatuh, kita pimpin tangan dia, bila kita jatuh turn dia pulak pimpin tangan kita.Tapi malang untuk aku, aku tak pernah dengar dan faham istilah 'ukhuwah fillah, sayang awak kerana Allah dll' masa tu.

2) Allah uji aku balik, kawan-kawan aku yang baru tinggalkan aku. Dan semuanya ada sebab. Ya, dan sekali lagi, salah aku. Kesilapan yang berkali-kali aku ulang. Terbukti yang manusia, memang PENDOSA. Mungkin ini juga sebagai ibrah untuk aku supaya jadi manusia lebih baik lagi. Silap antara kami mungkin jarang menegur/saling ingat-mengingati ke arah kebaikan. Kalau nak tegur pun, kasar sangat. Actually, walaupun dah kenal, rapat mana pun kita dengan sesiapa, tegur secara hikmah itu kena. Tapi malang bagi kami, tiada seorang pun antara kami yang faham istilah, 'teguran secara hikmah' pada masa tu. Atau mungkin ada yang pernah dengar tapi kurang faham. Tapi takpe, inshaaAllah semua ini ada hikmahnya. Pelangi akan hadir dalam hidup kami, inshaaAllah.

3) Nak mention/listkan ujian Allah aku rasa tak perlu. Jadi, in short, selepas ujian-ujian Allah tersebut aku hadapi dengan tidak berapa kuat, tapi aku mesti kuat kerana Allah, Allah datangkan pelangi (hamba-hamba Allah yang soleh & solehah) selepas itu. Alhamdulillah, teguran dari Allah itulah yang paling best. Alhamdulillah, untuk semua ujian dan nikmat yang Kau bagi kat aku selama aku wujud kat dunia ini.

--

Aku nak tegaskan kat sini, bila berkawan ni, KENA ADA tolak ansur satu sama lain, faham-memahami, maaf-memaafkan, buruk/aib kawan kena terima dan simpan sampai basi, sebab mungkin aib kita lebih banyak drpd dia. Rajin-rajinlah refleks diri, kegunaan cermin bukan setakat, "Aaa. Muka aku penuh jerawat!" dan semata untuk cermin kecantikan tubuh, tapi cermin sepatutnya diutamakan kpd cerminan diri dan hati.

Dan kami nak menyeru diri kami dan semua supaya sedar-sedarkan lah diri. Hidup ni tak lama. Jodoh kita dengan MATI lebih dekat berbanding jodoh kita dengan manusia. Kahwin itu sunnah, takde siapa kata salah, tapi kalau kita pun tak boleh nak jaga diri sendiri, acane tu? Duit pun mintak mak ayah lagi, acane tu? Rajin-rajinkan tarbiyah diri.

Dah terlalu benyak tanda kiamat dan ujian Allah bagi, antaranya, banjir, puting beliung, kapal terbang terhempas dsb. Daripada dulu dah Allah tegur, tapi kita ni bila nak sedar ni? Nak tunggu sampai dah kena tanam? Masa tu baru nak merayu kat Allah untuk kembali semula ke dunia nak taubat? Tak guna dah. Melainkan kita mimpi yang kita diazab kat kubur, bangun-bangun je terus taubat. Itupun kalau sedar diri, kalau tak sedar-sedar lagi? Allahu a'lam.

Cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta Ummah.
Jadi baik mesti kena sama-sama, masuk syurga pun sama-sama.

Lagi satu, jangan rasa diri kita lebih baik drpd orang lain. End of the story.

Allahua'lam.


kredit

Jom layan youtube?
Layan video yang bermanfaat 
dan Allah redha k!
*kunyah kuaci*

No comments:

Post a Comment