Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Cermin: Muhasabah diri

[kredit]

Cermin di cipta untuk melihat pantulan diri.
Dan yang paling tepat adalah untuk muhasabah diri.

Kita suka tengok cermin bukan?
Cek-cek tudung okay tak.
Kemas-kemas janggut.
Kadang-kadang sampai berlebihan.
Nampak je sliding door atau apa-apa yang boleh reflek laju je. 
Sampai skrin handphone pun jadi. *tampar dahi* --,
"Eh cem biasa buat je?"
Ye aku biasa buat. Kohkohkoh.
Tapi takdelah melekat je kat cermin tu.

Kegunaan cermin ni bukan setakat,
"Aaa, muka aku penuh jerawattt." 

Cermin bukan setakat untuk menilai apa yang zahir & fizikal,
Tetapi juga bagi melihat siapa diri kita yang sebenarnya. 


Bilakah kali terakhir kita membuat proses penyemakan semula diri kita? 
Mengenal diri atau muhasabah diri meliputi kelebihan, kekuatan, potensi, kekurangan, kelemahan, keaiban dan apa jua perkara berkaitan diri kita. 

Muhasabah adalah amalan mulia para Nabi dan Rasulullah serta para insan yang bijaksana. - IKIMfm
Rasulullah s.a.w juga melihat cermin. Satu Sunnah apabila melihat cermin adalah dengan niat beserta doa yang diajar oleh Rasulullah saw iaitu; 
“Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”
Maksudnya: "Ya Allah sebagaimana Engkau telah mencantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku."
(HR Baihaqi)

Sebelum keluar rumah, cek pakaian kita,
"Allah redha ke kalau aku pakai macam ni?"
Adakah pemakaian kita menurut syariat Islam?
Hiasan yg sederhana, selesa dan senang di pandangan orang lain.
Kecantikan wajah dan tubuh badan itu merupakan kurniaan Allah SWT yang Maha Bijaksana lagi Maha Sempurna. 

Kecantikan luaran takkan kekal lama.


Antara kelemahan yang perlu diberi perhatian dalam diri kita adalah kemungkinan penyakit-penyakit hati dan bebintik hitam kat hati yang semakin tebal,
Dan cari apa yang masih belum sempurna sebagai seorang muslim yang baik.

Renunglah adakah sifat kita, akhlaq kita menunjukkan sifat-sifat positif yang boleh menjadi contoh kpd orang lain?
Sentiasa bermanis muka, menjaga syariat, ikhlas dalam perbuatan, bercakap hanya perkara bermanfaat, bersabar menghadapi ujian dan semua sifat yang membawa kepada cinta Allah. - Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin

Rasulullah s.a.w telah bersabda,
"Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) kepada tubuh badan kamu, juga tidak kepada rupa paras kamu tetapi Allah melihat (menilai) kepada hati kamu."
(HR Imam Muslim)

Wallahu ta'ala a'lam.

No comments:

Post a Comment