Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Tak upload gambar kau, sebab sayang.

kredit

[Raya Ke-5 dan Ke-6]

Beraya dengan sahabat sahabat. Kami ni dah jadi membe daripada kecik lagi. Zaman jatuh basikal sesama lah katakan. Kalau dah nama pun raya maka gambar pun banyaklah di ambil. Biasalah perempuan. Eh yeke. Macam lelaki dengan perempuan sama banyak je ambil gambar. Kohkoh. Lagi satu raya. Memang harus ambil gambar bebanyak. Heh. Banyaklah aku harus. *lempang diri sendiri*

"Yes. Nak upload instagram lah." Tangan lincah slide gambar ke kanan dan ke kiri. Seterusnya, ulang berkali-kali. Pilih gambar yang paling cun lah konon. Konon jelah.

Tengah usha usha gambar tu, ingat nak edit, tetiba.

"Ehh jap. Aku rasa aku tak boleh nak upload gambar ni kat insta or blog." Hati kata. Baru tersedar.

"Hem. Diorang semua update. Takpelah. Aku simpan je. Kenangan. Tak salah pun edit sesaja kan. Precious memories." Sedapkan hati.

"Alah. upload jelah. Dia yang dosa. Siapa suruh buka aurat." Hati bash.

"Astaghfirullah. Apa kau cakap ni. Kau pun macam tu dulu. Takde siapa yang perfect. Ingat ni. Antara kau dengan dia, kau tahu ke siapa lagi layak masuk syurga? Mungkin satu hari nanti dia lebih baik. Lebih labuh tudung daripada kau. Kau tahu ke macam mana iman kau nanti? Okay sekarang apa cerita?" Bash hati balik.

Krik Krik. 





Tulusly, aku mengaku aku sayang kau. Kita kawan daripada kecik kan? Yes. Sampai sekarang, dengan izin Allah, hubungan kita masih kukuh. Aku sayang kau. Aku tahu kau sayang aku kan? Heh. Perasan sesorang. Satu hari nanti kau akan faham kenapa aku tak upload gambar kau kat memana pun. Tapi, aku akan upload masa hari Dia hadiahkan hidayah kat kau. Tak sabar tunggu haritu. Tak upload tak bermaksud aku lupa kau kan? Ukhuwah itu manis dan indah, kalau kau bebetul ikhlas dalam bersahabat. Sayang korang kerana Allah. Salam Syawal. Maaf zahir batin.


- 3 sekawan, 3A -

Ukhuwah fillah.

No comments:

Post a Comment