Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Sakit: Kifarah dan penghapus dosa?

kredit

"Kenapa? Kenapa sakit sangat ni? Alahai. Seksanya demam nii. Pai ati Kau Ya Allah buat aku begini. Pai ati pai ati pai ati." Kita mengeluh. Mengeluh entah kali yang ke berapa. Dahlah mengeluh, Salahkan Allah pula tu. Mohon get ready tangan memasing tampar pipi sendiri. Tambahan tamparan untuk aku kerana dah besar pun pelat. Kohkohkoh.

Kafarah ke Kifarah? *soalan famous*

Its Kifarah. 

--

Banyak maksud yang Allah nak sampaikan bila musibah atau sakit datang kat kita.
Mungkin, mahu menghapuskan dosa-dosa kita. Mungkin, tanda Allah kasih dan banyak lagi kemungkinan yang ada. Everything happens for a reason. InshaaAllah, kita akan nampak hikmahnya selepas itu. Mungkin lama nak nampak, atau mungkin sekejap. Terpulang pada diri kita sendiri. 

Kenapa aku kata terpulang pada diri sendiri? 

Selama ni kita perasan tak yang mungkin Allah dah banyak kali tegur kita. Allah hadirkan hidayah kepada kita. Tapi kita? Langsung, buat-buat tak nampak, atau mungkin sengaja tak nak nampak dek kerana terlalu sayang jahiliah kita itu.

Itu maksud aku. Siapa yang Allah pilih untuk terima hidayah memang peh. Pehlamakweh. *bahasa apa ini*

Cara nak dapat hidayah?

Dekatkan diri dengan Allah. Kembali kepada Allah. Lazimi taubat, istighfar, zikrullah. Baca Al-Quran, tadabbur ia. Buat amal jariah. Sedekah. Senang cerita apa-apa sahaja yang boleh buat Allah redha. InshaaAllah, kita kuat, kita boleh. Qowiy!

Berikut merupakan video daripada Ustaz Azhar Idrus berkaitan Musibah. 
Untuk lebih pencerahan, sila layan tanpa skip. Semoga bermanfaat.




"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
Surah Al-Baqarah 2: 155-157 



Sebagai ringkasan, bila kita ditimpakan musibah atau ujian daripada Allah, katakanlah, "Innalillahi wainna ilaihi roji'un."




No comments:

Post a Comment