Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Husnuzhon dan Suuzhon.




Bismillahirrahmanirrahim.

Sobahul khoir sahabat sahabat. Kohkoh. Aku baru je sidai baju tadi dah hujan. Wuu. Takpe takpe. Alhamdulillah. Hujan lah bagus. Sejuk sikit bumi Allah ni ye tak? Hee. Bila dah sejuk, Lagi best lah kita tidur kan? Haa. Ish ish. Tak bagus, Tak bagus cemtu. Lepas subuh, jangan laa terus tidur. Apa kata kita solat dhuha, solat hajat, basuh baju, study, kemas katil ke. Kira buat benda benda yang berfaedah, InshaaAllah.

Harini aku nak bercakap pasal Husnuzon dengan Suuzon.
Husnuzon? apa bendaaaa tuu? haa. ni yang nak cakap ni. sabar sabar -,-

Haa. Perasan tak ayat aku yang first first tu. Aku baru je sidai baju, dah hujan. Kebiasaannya kita ni, bila dah jadi macam ni, terus marah marah, Kalau tak pun mengeluh. Allah, Allah. Tak baik macam tu. Kita kenalah bersyukur, sentiasa husnuzon. Haa. Kan baguih cemtu. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Everything happens for a reason.

----

Okay sekarang ni aku nak bagitahu apa maksud Husnuzhon.

Husnuzhon;

Berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat.

Husnuzhon bukan je pada manusia. Malah, kita mesti husnuzhon dengan Allah. Apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya.

Kata Saidina Umar bin Al-Khattab r.a;

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Kata-kata dari Syeikh Abdul kadir Al Jailani;

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. 
Ucapkan dalam hatimu :  
Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”. 

-----

Okay sekarang nak bagitahu maksud Suuzon pulak.

Suuzon;

Buruk sangka atau menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang perkara-perkara yang tidak baik kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah.

Firman Allah yang bermaksud;

“Dan orang‐orang yang mengganggu serta menyakiti orang‐orang lelaki yang beriman dan orang‐orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.” 

(Al‐Ahzab :58)

Bersangka buruk yang harus;

Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga‐jaga dari berlakunya musibah‐musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita. Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak. Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamatan rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak‐pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

Kesimpulannya;

Bersangka baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu
meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan
mahmudah (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang,
terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak
dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, lekas‐
lekaslah beristighfar kepada Allah, kerana Allah menerima taubat
hambanya. InshaaAllah. :')

Always and always husnuzon, inshaaAllah ;)

credits ; hamba Allah

No comments:

Post a Comment