Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Da'ie dan Mad'u.

Weh weh. Dai'e tu apa? Mad'u tu benda alahh apa woi? 
k k jap laa. nak terangkan lah ni. alahai -_-

Dai'e : adalah pendakwah.
Mad'u : adalah orang yang didakwahkan.

Antara sedar atau tak, kita ni tergolong dalam golongan dai'e.
Dan untuk menjadi daie, kita perlukan perkara yang sangat penting: ILMU.



Hadith penuhnya adalah;

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash RA., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat, dan ceritakanlah mengenai Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka.” 

(Riwayat Bukhari)

"Hadith ini menyarankan kita untuk  menyampaikan ilmu banyak atau sedikit, asalkan ia daripada al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Ilmu yang kita ada, asalkan pasti dan yakin akan kesahihannya bersama dalil daripada al-Quran dan Sunnah, maka menjadi kewajipan atas kita untuk menyampaikan kepada orang lain.

Bagaimanapun, ada juga syaratnya; iaitu ayat disampaikan itu baik al-Quran mahupun hadith hendaklah dipastikan benar bukan saja lafaznya tetapi juga tafsirannya. Tafsiran kepada ayat tersebut hendaklah dipastikan benar, bukan tafsiran mengikut hawa nafsu.

Adapun hadith lebih diambil berat kerana ia perlu pastikan kesahihannya di samping pemahamannya. Kerana itu Nabi Muhammad SAW turut menyebut selepas saranan “Sampaikan daripadaku walau satu ayat”, datang pula amaran; “Dan sesiapa berbohong atas ku dengan sengaja maka siaplah dia mengambil tempatnya di neraka”.

Maka sebelum menyampaikan sesuatu hadith, hendaklah dipastikan hadith disahihkan ulama hadith kerana mereka pakar dalam bidangnya."

[ hamba soleh ]





hamba soleh ]

Semoga kita semua menjadi seorang dai'e yang beriman dan bertaqwa. inshaAllah.
Amin, ya Rabb.


1 comment: