Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Hidayah.




Definisi hidayah;

Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. Daripada seorang yang kufur menjadi seorang yang beriman dan taat pada perintah Allah taala.

Contohnya seperti Saidina Umar Al Khattab;

Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.


Tanda tanda orang yang beriman;


Jiwa cenderung kepada Akhirat
Benci kepada Maksiat
Sentiasa bersedia menghadapi kematian

Tanda Orang Kufur;

Jiwa cenderung kepada duniawi
Suka kepada maksiat
Takut dengan Kematian

Orang yang mendapat Hidayah Allah;

Contoh : Saidina Umar Al Khattab;

Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu. Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy. Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran, beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka. Lalu saidina Umar menyesal akan perbuatannya itu dan seterusnya meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis. Saidina Umar pergi berjumpa dengan Rasulullah. Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk Islam dihadapan pahlawan-pahlawan kafir Quraisy yang lain.

Orang tidak mendapat Hidayah;

Contoh : Abu Talib;

Abu Talib merupakan bapa saudara kepada Rasulullah s.a.w.Abu Talib begitu sayang dan kasih kepada Muhammad s.a.w tetapi beliau sendiri tidak memeluk islam. Sehinggakan saat kematian beliau, Nabi s.a.w mengajar beliau mengucap, beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya. Selepas kematian Abu Talib,Nabi s.a.w bersabda, "demi Allah, aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang". Lalu turunnya wahyu kepada Nabi s.a.w, firman Allah yang bermaksud: "Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang Musyrik itu adalah ahli neraka." (at-Taubah ayat: 113)

Kesan Individu Yang Mendapat Hidayah Allah s.w.t;

Peningkatan dalam mengerjakan Ibadat
Meninggalkan segala larangan Allah
Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah
Takut kepada Maksiat
Benci kepada perkara mungkar

"Orang Baik Belum Tentu Kekal Akan Kebaikannya dan Orang Jahat Belum Tentu Kekal Akan Kejahatannya"

Ya Allah, janganlah Kau bolak balikkan hati kami, setelah Kau beri hidayah kepada kami. Allahumma amin.


credits; wanmerah

No comments:

Post a Comment