Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Isu Rotan: Pentarbiyahan


Bismillahirrahmanirrahim. Peh dah bercendawan aku punya blog. Ahaha.
Saja nak kupas satu isu yang agak lapuk dan menarik ini. Sebab aku baru je habis jadi guru ganti.
--
Isu guru rotan murid. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu lapuk. Zaman berzaman.

Abang bikai kasi komen sikit je lah.

1. Dalam 40 pelajar dalam kelas, kesemuanya tak sama perangai masing-masing.

Antaranya:

— Ada yang cakap penuh kasih sayang, terus lembut hati.

— Ada yang dengan bagi tazkirah, terus berubah dengar kata.

— Ada yang berkali-kali guru marah, baru dengar kata.

— Ada yang dah lalui semua peringkat di atas, namun masih degil, maka dirotan. Lepas rotan, baru kurang sikit.

— Ada yang dirotan, tapi masih degil. Tapi, bila dewasa, jadi orang yang baik dan mulai faham hukuman di sekolah itu tujuan adalah utk jadikannya elok.

Sistem pendidikan sekarang, guru biasa dah tak boleh lagi pegang rotan korang tau tak. Hanya cikgu disiplin dan pihak pentadbiran ada kuasa veto menggunakan rotan.

2. Menghalang penggunaan rotan adalah pendapat orang yang tidak berada di tempat guru.

— Misalnya, awak baru ada seorang dua anak, dan awak nak bagi pendapat kepada guru yang jaga bermula 300 pelajar hingga 2 ribu pelajar di sekolah.

— Apa yang mudah diaplikasikan pada anak tidak sama dengan pelajar.

— Guru monitor anak-anak kita lebih jam dari kita monitor anak-anak sendiri.

— Anak-anak sendiri pun dalam 10 orang misalnya takkan sama perangainya. Mesti ada seorang yang paling nakal dan susah dibentuk.


3. Kes kritikan terhadap Yasmin Hani.

Apa yang guru XYZ tu cakap memang ada kebenarannya. Seandainya YH masih tidak memahami dengan baik lagi tentang pemakaian dalam Islam, bagaimana dia boleh memahami dengan baik hikmah guna rotan dalam proses mendidik. Dihalusi jauh lagi, rotan kerana tidak solat diperkenalkan oleh ibu bapa pada anak-anaknya yang malas. Rotan pula ghayr mubarrih (tidak melukakan). Itulah ajaran agama kita. Tapi, abaikan saja YH sebab dia pun bukan agamawati. Baru-baru nak belajar, so maafkan dia dan doakan dia. Tak perlu nak emo sangat hentam dia. Atau terlalu emo sampai backup dia gila-gila.

Didikan pakai tali pinggang, batang paip, wayar paip dan sebagainya lebih kejam dari rotan. Lebih sadis. Tapi, tak ada siapa pula nak komplen.

Apapun, ajaran agama kita mengutamakan didikan berhikmah. Bukan terlalu lembut, tidak terlalu keras. Tengok keadaanlah.

Tak boleh berlembut je tiap masa, nak kena manja2, nak kena pujuk tiap waktu, bukan begitu. Kadang kena tegas, kadang kena marah. Kadang kena garang, kadang kena muka manis.

Nabi s.a.w. yang kita sayangi pun tidak 24 jam bermuka manis penuh senyuman. Baginda s.a.w. juga manusia seperti kita ada ekspresi muka dan punya perasaan. Kadang tergelincir sehingga mendapat teguran Allah dalam Surah 'Abasa.

Begitulah juga para guru.

Selalu berlembut, pelajar jadi tak hormat juga. Banyak terjadi, guru yang lembut dan tak garang, kelas tu jadi bising dan tak terkawal. Terlalu garang, kelas jadi kaku pula macam dalam kem komando belaka.

Saiz kasut kita berbeza-beza.

Engineer akan marah bila arkitek kritik kerja dia begitu juga sebaliknya. Artis juga akan melenting bila guru kritik kerja artis dan sebaliknya.

Senang cite.

Aku hormat kerja kau, kau hormat kerja aku.

Setel.

Abg Bikai the spoileretosz
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku setuju sangat dengan pendapat beliau. Pengisian yang padat dan senang orang nak faham.
Aku setuju sebab pengalaman aku sebagai guru bantu mematangkan aku. Walaupun hanya sebagai guru ganti, Allah bagi merasa pengalaman yang boleh dikira suka dan duka.
Kesimpulannya kat sini, mohon kita semua bersama-sama belajar dan mengaplikasikan amalan hormat-menghormati sesama kita! Peh ayat aku wahaha.

Hipotesis kita harini, 
semakin berat ujian, semakin besar 
rasa sayang Allah pada hambaNya.

No comments:

Post a Comment