Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Mission: Husnul khotimah!

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah again. Sekali lagi, dengan izin Allah, aku diberi peluang dan masa untuk update blog aku. *lap lap sawang spider sambil makan kacang*


Tahun ini, eh bukan setakat tahun ini sahaja, malah selama aku wujud kat dunia ini, sejak aku lahir, terlalu banyak teguran, ibrah, tarbiyah yang Allah sampaikan. Alhamdulillah, mungkin dah lama dah Allah tegur, tapi hati dan diri ini terlalu angkuh untuk menerima dan perasan akan kehadiranNya.
Allah tak pernah jauh. Aku yang makin jauh. Sekali lagi, alhamdulillah untuk segala teguran daripada Maha Pencipta, tegurlah diri ini berkali-kali, kerana diri ini mulai sukakan teguran. Allah datangkan ujian dan nikmat bertujuan sebagai ibrah dan tarbiyah untuk diri ini untuk menjadi hamba Allah lebih baik.
Jika mahu diceritakan kiraan dan tahap ujian tersebut dan jika mahu dibandingkan dengan hamba-hamba Allah yang lain, lebih banyak ujian yang Allah hadirkan untuk mereka. Aku? Apalah sangat. Ujian drpd Allah adalah nikmat yang sangat sangat sangat manis. Sweet ngat.

[ source ]

Dan kerana ujian Allah itulah, selama tiga tahun, walaupun ramai kawan-kawan kata perubahan aku drastik, bagi aku 3 tahun itu sudah cukup lama untuk aku berubah ke arah lebih baik. Segalanya berpunca daripada Allah, Allah tegur, Allah hadirkan dan pinjamkan hamba-hamba Allah yang mashaaAllah, sangat baik dan soleh dan solehah, inshaaAllah. Untuk aku puaskan hati manusia, cukup susah. Orang nak berubah pun, dia nak juga ingat benda lepas. Astaghfirullah. Maafkanlah salah silap diri ini, tafadhol (silakan) menegur jika ada kesilapan yang tidak disedari.
Yang paling penting, aku ada prioriti aku: ALLAH. Prioriti KITA actually. Jaga hubungan dengan Allah, inshaaAllah, hubungan dengan manusia akan terjaga. InshaaAllah.
Sebagai ringkasan, terlalu banyak ujian dan nikmat Allah yang perlu aku syukuri. Alhamdulillah. Tingkatkan amal ibadah kita. Tajdid niat, sentiasa kerana Allah. Semoga aku dan semua terus istiqomah. Semoga pengakhiran kita husnul khotimah. Kita harus kuat kerana Allah! Qowiy!

[ source ]

Bunyi mercun kemain bebudak ni.
Eh tapi dah senyap. Alhamdulillah, tak
berlarutan cem dulu. Amau aa bebakar
duit lagi naa. Jom sesama jadi baik? Yay!

The Real Priority of Ummah: ALLAH.

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kita masih diberi peluang, masa dan kekuatan untuk terus berada di jalanNya.
Semoga Allah redha dengan segala usaha kita di dunia ini. 

Cinta Allah, Cinta Rasulullah, Cinta Ummah!


[ Source ]


Allah.
He is our real destination.

Kadang-kadang, 
Tanpa kita sedar,
Kita ini terlalu sayangkan manusia di sekeliling kita, lebih daripada kita sayang Allah.
Bukan tak boleh sayang.
Memang itulah sepatutnya, 
Sayang kita kepada mereka sepatutnya kerana Allah.
Tetapi jika kita sayang mereka kerana selain Allah,
Maksud di sini adalah kerana semata-mata untuk mendapatkan keuntungan kpd diri kita sahaja,
Maka percayalah, satu hari nanti, kita akan 'sakit'.
Ingatlah, janganlah kita terlalu menyayangi mereka melebihi sayang kita kepada Allah.

"Pada hari itu (akhirat) sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
(Az-Zukhruf 43:67)


Segala yang ada kat dunia ini hanyalah perhiasan bagi manusia (kita).
Jika dah disebutkan sebagaikan perhiasan,
Sudah tentu ianya akan menarik perhatian kita untuk suka padanya.
Kadang-kadang sampai boleh jadi 'gila' kerananya.
Lupa diri, gila pangkat, gila duit dan segala macam panggilan yang ada.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
(Surah al-Kahfi 18:7)

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
(Surah al-Kahfi 18:46) 

Allah adalah prioriti kita,
Dialah yang utama.
Segala ujian yang Dia beri, ambillah, terima dengan redha dan sangkaan baik.
InshaaAllah, kita semua adalah hamba-hamba Allah yang sangat kuat, sabar dan tabah setiap kali kita menerima ujian dari Allah.
Everything happens for a reason.
Percayalah,
Selepas kita menghadapi ujian Allah tersebut,
Pelangi akan menerangi, begitu banyak hikmah dan ibrah yang akan kita nampak.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 (Surah al-Baqarah 2: 286) 

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
 (Surah al-Baqarah 2: 153) 

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah al-Baqarah 2: 155)  


Ujian itu tanda Allah kasih, tanda Allah sayang.
Kepada siapa lagi?
Sudah tentu KITA.

Solat jangan tinggal.
Solat adalah tiang agama.
Ibarat kita tanpa tiang (solat), jadilah 'gila' dan cinta kepada dunia sahaja.
Lazimi dzikir, istighfar, selawat dan amalan-amalan yang Allah redha.
Sama ada wajib atau sunat.
Tapi dahulukan yang wajib.
Manakala yang sunnah itu kita lakukan sedikit demi sedikit.

"Jika tak dapat buat semua, jangan tinggal semua."

Banyakkan amal ibadah.
Amal ibadah di sini tidak semestinya, di atas sejadah 24 jam.
Macam-macam perkara/amalan Allah redha yang kita boleh lakukan kat dunia ini.
Yang paling penting tajdid niat, niat kerana Allah.
Usahalah, berdoalah, dan seterusnya bertawakallah kepada Allah.
Semoga kita sentiasa istiqomah di jalan Allah.
Amin ya Rabb.

Mungkin benarlah apa pernah digambarkan Rasulullah SAW pada satu ketika: “Akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan." Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”
Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu ALLAH akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit 'wahan'”. Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.”
 (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban)


Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 
"Ya Allah, berilah, hujanilah kepada kami hidayah bertubi-tubi, lembutkanlah hati-hati kami untuk menerima hidayah tersebut dan janganlah bolak balikkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami."

Allahumma amin.
Semoga Allah redha!

Lupa.

[ Source ]


Bila membe kita buat salah dengan kita,
Susah betul eh kita nak maafkan dia?

Bila dah maafkan pula (amek masa bertahun tahun),
Susah pula kita nak lupakan salah dia.

Ada je alasan,
"Kau lain, aku lain. Susah nak maafkan dia. Susah nak lupakan apa yang dia dah buat kat aku."
Kekadang sampai macam macam carutan terkeluar daripada mulut kita.

Maafkan je, senang cerita.
"Kau cakap senang lah bro!" *tumbuk dinding*
Uih. Marah betul kita.

Kita ni lupa agaknya,
Berapa banyak kali kita buat dosa,
Allah sedia maafkan kita kalau kita bertaubat.

Kita ni lupa agaknya,
Allah tak tengok kita yang jahil dulu,
Allah tengok pengakhiran kita.

Kita ni lupa agaknya,
Sibuk pandang salah/silap orang lain,
Silap kita ni, kita tak pernah nak nampak dan betulkan.

Betullah kita ni memang tak sedar diri.
Aku lagi tak sedar diri. *tampar diri sendiri*

Jom?
Jom berubah sama sama? *senyum*


P/s: Edit nampak tak real. Maka, abaikan. 
Caption itu, jangan diabaikan sekali pula 
*tampar dahi*