Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

The Real Priority of Ummah: ALLAH.

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kita masih diberi peluang, masa dan kekuatan untuk terus berada di jalanNya.
Semoga Allah redha dengan segala usaha kita di dunia ini. 

Cinta Allah, Cinta Rasulullah, Cinta Ummah!


[ Source ]


Allah.
He is our real destination.

Kadang-kadang, 
Tanpa kita sedar,
Kita ini terlalu sayangkan manusia di sekeliling kita, lebih daripada kita sayang Allah.
Bukan tak boleh sayang.
Memang itulah sepatutnya, 
Sayang kita kepada mereka sepatutnya kerana Allah.
Tetapi jika kita sayang mereka kerana selain Allah,
Maksud di sini adalah kerana semata-mata untuk mendapatkan keuntungan kpd diri kita sahaja,
Maka percayalah, satu hari nanti, kita akan 'sakit'.
Ingatlah, janganlah kita terlalu menyayangi mereka melebihi sayang kita kepada Allah.

"Pada hari itu (akhirat) sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
(Az-Zukhruf 43:67)


Segala yang ada kat dunia ini hanyalah perhiasan bagi manusia (kita).
Jika dah disebutkan sebagaikan perhiasan,
Sudah tentu ianya akan menarik perhatian kita untuk suka padanya.
Kadang-kadang sampai boleh jadi 'gila' kerananya.
Lupa diri, gila pangkat, gila duit dan segala macam panggilan yang ada.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
(Surah al-Kahfi 18:7)

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."
(Surah al-Kahfi 18:46) 

Allah adalah prioriti kita,
Dialah yang utama.
Segala ujian yang Dia beri, ambillah, terima dengan redha dan sangkaan baik.
InshaaAllah, kita semua adalah hamba-hamba Allah yang sangat kuat, sabar dan tabah setiap kali kita menerima ujian dari Allah.
Everything happens for a reason.
Percayalah,
Selepas kita menghadapi ujian Allah tersebut,
Pelangi akan menerangi, begitu banyak hikmah dan ibrah yang akan kita nampak.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
 (Surah al-Baqarah 2: 286) 

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."
 (Surah al-Baqarah 2: 153) 

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah al-Baqarah 2: 155)  


Ujian itu tanda Allah kasih, tanda Allah sayang.
Kepada siapa lagi?
Sudah tentu KITA.

Solat jangan tinggal.
Solat adalah tiang agama.
Ibarat kita tanpa tiang (solat), jadilah 'gila' dan cinta kepada dunia sahaja.
Lazimi dzikir, istighfar, selawat dan amalan-amalan yang Allah redha.
Sama ada wajib atau sunat.
Tapi dahulukan yang wajib.
Manakala yang sunnah itu kita lakukan sedikit demi sedikit.

"Jika tak dapat buat semua, jangan tinggal semua."

Banyakkan amal ibadah.
Amal ibadah di sini tidak semestinya, di atas sejadah 24 jam.
Macam-macam perkara/amalan Allah redha yang kita boleh lakukan kat dunia ini.
Yang paling penting tajdid niat, niat kerana Allah.
Usahalah, berdoalah, dan seterusnya bertawakallah kepada Allah.
Semoga kita sentiasa istiqomah di jalan Allah.
Amin ya Rabb.

Mungkin benarlah apa pernah digambarkan Rasulullah SAW pada satu ketika: “Akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan." Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”
Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu ALLAH akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit 'wahan'”. Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.”
 (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban)


Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 
"Ya Allah, berilah, hujanilah kepada kami hidayah bertubi-tubi, lembutkanlah hati-hati kami untuk menerima hidayah tersebut dan janganlah bolak balikkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami."

Allahumma amin.
Semoga Allah redha!

No comments:

Post a Comment