Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Kekurangan.

[ Google ]


"Bat. Pehal aa dengan si Chot tu? Aku tak boleh masuk la dengan dia. Dah lah pemalas, buat kerja entah apape. Meronggeng sana sini dengan girlfriend dia. Masalah masalah." Muka Ched merah merah tahan marah.

"Istighfar Ched. Terima kekurangan orang lain, macam mana kita terima kekurangan diri kita. Ke kita tak pernah perasan langsung kekurangan diri sendiri? Kalau tak berapa suka dengan perangai dia, cakap terus terang kan senang. Kalau kau nak, aku boleh tolong cakapkan. Kalau terus cemni, sampai bila tak settle." Bat nasihat sambil tangan kiri dia memicit belakang Ched. Transfer ketenangan mungkin.

"Er takpelah. Aku dah okay." Ched pantas berlalu bersama kitkat di tangan.

; Kalau betul kau sayang dia sepertimana yang kau selalu ucap, "ukhuwah fillah, aku sayang dia," and so on, silakan mula usaha untuk menegur. Bukan hanya mampu berkata ketidakpuashatian, marah marah di belakang saja. Jika tidak mampu menegur, sila mendoakan yang terbaik. Mereka ini mungkin akan jadi lebih baik dari kita, siapa tahu? Hanya Dia yang tahu. Perancangan Allah itu indah, sangat :')

Wallahua'lam.

#thisistarbiyah

No comments:

Post a Comment