Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Tak ready nak jadi baik.

"Aku tak ready lagi. Aku tak sedia nak tutup aurat. Aku tak sedia nak berdakwah. Tak sedia nak jadi daie. Sebab aku rasa aku tak sesuai nak jadi daie. Tak perfect lagi. Ilmu aku tak hebat lagi."

"Aku faham apa kau rasa. Tapi Med, kau kena ingat. Kita semua ni boleh mati bebila je. Nak tunggu diri kita semua perfect, sampai bebila kita takkan perfect. Yang perfect cuma Allah. Aku sayang kau Med. Aku nak pimpin tangan kau. Aku nak kita sesama ke syurga. Aku nak kita bersahabat kerana Allah. Aku taknak masuk syurga sesorang."

Med peluk Sahabat. Med rasa bersyukur. Alhamdulillah. Allah pinjamkan dia seorang sahabat yang selalu ajak dia buat kebaikan. Selalu tegur dia. Ya Allah, semoga Med dan Sahabat bersama di syurga. Amin.

No comments:

Post a Comment