Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Karat Jahiliah.

kredit


Usai doa, Med bersuara. Sedih je nada. 
"Aku ni sombong dengan Dia Bat." 

"Med. Kenapa ni?" Bat tanya. Tangan kanan Bat pegang bahu Med.

"Dulu aku jauh daripada Dia Bat. Aku ingat Dia yang jauh daripada aku. Tapi tak Bat. Dia tak pernah jauh daripada aku, kita semua. Kita yang jauh. Sibuk layan nafsu dunia. Daripada kecil belajar subjek agama Islam, tapi tu pun belajar setakat nak lulus. Jahilnya aku dulu belajar bukan kerana Allah. Ikut nafsu sangat buat benda benda lagha. Solat ikut mood. Kekadang sampai terus tak solat. Main bola tak tutup aurat. Allah tak halang pun nak bersukan, beriadah, cuma tutup lah aurat. Orang nak couple, aku pun sibuk nak couple. Konon sunyi. Ada awek rasa diri hot. Update gambar dgn awek. Rapat pulak tu. Aku malu dgn Allah Bat. Aku malu." Akhirnya air mata yang dia tahan daripada tadi, berderai.

"Alhamdulillah Med. Rasa malu tu Allah yang bagi. Malu lah kita pada Dia. Teruskan malu. Jangan ego dan sombong pun dengan Allah ya Med. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan teruskan teruskan ingat zaman jahiliah kita itu sebagai pembelajaran untuk kita untuk menjadi hamba Dia yang soleh. Allahumma amin." Senyum. Ikhlas.

--------------------------------------

"Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati."

Cek Surah Al-Muzzammil.
Ayat 8.

No comments:

Post a Comment