Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Susah betei nak istiqomah tahajjud.

[Google | Sujud]


Pagi yang best. Pagi yang bila tahajjud kepada Dia, kekuatan kita datang semula. Bila rapuh rasa, jumpa Dia. Mengadu pada Dia. Lagi best bila dapat istiqomah kerana Dia. Tapi pagi itu adalah pagi kedua dia mampu lawan nafsu untuk bertahajjud. Itupun alarm dah bebunyi banyak kali, matikan, set balik, matikan, set balik. Kecewa sikit rasanya. Tapi takpelah. Usaha tangga kejayaan ibu kata.

Usai qiam, Istisyhad teringat pada kenangan dulu..

"Ibu." Habis je qiam, Istisyhad panggil ibu. Harini dia berjemaah dengan ibu. Hoyeh.

"Ya sayang." Lembut. Senyuman ibu sangat.. mendamaikan.

"Hem. Betul ke kita ni hidup tak lama? Esok ke kejap lagi ke kita boleh mati?" Istisyhad tanya.

"Ya sayang. Semuanya dengan izin Allah." Ibu senyum lagi. Allah. Cair hati.

"Tapi Syhad muda lagi." Kening kemain kerut. Comel.

"Sayang. Allah tak tengok umur. Bila Dia dah pilih, kita kena terima. Masa tu sama ada pengakhiran kita baik atau tidak, semuanya terpulang pada Dia. Sebab tu kena bertaubat selalu. Taubat nasuha. Semoga kita mati dalam keadaan baik baik."

"Tapi kalau Syhad taubat bila dah tua nanti boleh tak?" Kepala yang gatal, dia garu.

Ibu tergelak kecil. "Kita beribadah seperti esok kita akan mati. Bertaubat selagi sempat. Kita taktahu sayang bila kita mati. Anak kesayangan ibu ni kata nak jadi kesayangan Allah haritu kan? Kalau nak Allah sayang, ikut apa je yang Dia suruh. Contohnya macam tutup aurat. Menutup aurat bukan pilihan, tapi Dia yang suruh. Apa apa yang Allah suruh kita buat, semuanya ada hikmah. Ada kebaikan dan kelebihan yang kita dapat dari situ. Bila tutup aurat, rasa lebih selamat. InshaaAllah. Semoga Allah redha sayang. Dan semoga akhlak kita seperti ibadah kita." Ibu usap lembut rambut Syhad. Pelukan dieratkan. Syhad pejam mata. Tarik nafas dalam dalam. Menghadam semua input daripada Ibu.

Syhad buka mata. Kenangan yang mendamaikan. Ibu.. Eh. Ibu! Lincah tangan dia mencari nombor Ibu kat favorites. Rindu Ibu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam surat cinta Allah, banyak ayat berkaitan ibu bapa. Antaranya:

Cek Surah al-Ahqaf. Ayat 15.
Cek Surah al-Isra. Ayat 23-24.
Cek Surah an-Naml. Ayat 19.
Cek Surah Nuh. Ayat 28.

#thisistarbiyyah

No comments:

Post a Comment