Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Luahan hati seorang SAHABAT dan HAMBA.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sekali lagi aku diberi peluang dan masa untuk menaip warkah yang tidak seberapa ini. Semoga Allah redha dengan segala usaha kita di dunia ini, amin ya Rabb :')

kredit
Bismillah.

Kita sayang awak kerana Allah,
Sebab itu kita tak LIKE gambar awak yang tak tutup aurat dengan sempurna.
Kita tak LIKE sebab kita rasa bila kita LIKE gambar awak tu kita dah macam sokong
dan suka awak tak tutup aurat dengan sempurna.
Kita tak rasa kita perlu LIKE pun semata mata untuk nak awak balas balik LIKE kita punya status kepe.

Kita sayang awak kerana Allah,
Sebab itu kita selalu tegur awak. 
Walaupun awak tak perasan pun kita tegur sebenarnya.
Sebab kita punyalah takut awak terasa.
Kita cuma nak kita semua sesama pimpin tangan dan berjiran di syurga nanti.
Kekadang kita hanya mampu berdoa, kita doa supaya awak berhijrah dan
kembali ke agama fitrah sesama dengan kita.
Sebab,

Rasulullah SAW telah bersabda,"Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” 
[ Riwayat Muslim ]

Kita sayang awak kerana Allah,
Sebab itu kita selalu doakan awak dalam diam.
Kita taknak pandang sikit pun keburukan awak.
Daripada kita pandang keburukan awak, baik kita betulkan apa yang buruk kat kita ni.
Sebab setiap manusia itu lemah. [ ar-Rum: 54 ]
Siapalah kita ni untuk buka aib manusia lain, [ Surah An-Nuur: 19 ]
kalau kita ternampak keburukan awak pun kita cecepat istighfar. 
Sebab,

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
      “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat." 
[ Hadis riwayat at-Tirmidzi ]

Kita sayang awak kerana Allah,
Sebab tu kita selalu doakan Allah lembutkan hati awak untuk tutup aurat dengan sempurna.
Kita taknak masuk syurga sesorang. 
Sebab kita nak masuk syurga dengan semuaaaaaa sahabat kitaaa.
Kita taknak rambut awak kena gantung sampai mendidih otak awak dalam neraka nanti,
sebab kat dunia awak taknak tutup rambut rambut awak. [ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]
Kita tahu masa kita jahil dulu kita lagilah teruk. 
Bukan dulu je sampai sekarang kita masih lagi jahil dan akan terus jadi jahil.
Tapi alhamdulillah, kita usaha dan masih lagi berusaha untuk ubah diri kita ni ke arah yang lebih diredhai Allah.
Macam ayat al-Quran ni,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka."
[ Ar-Ra'd:11 ]

Kita sayang awak kerana Allah,
Sebab itu kita berdakwah dan ajak awak berdakwah kat facebook, twitter, instagram dengan doa supaya
kita semua sesama dapat saham kat akhirat nanti.
Kita takde lah banyak sangat ilmu tapi

Rasulullah SAW telah bersabda,
     "Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”  
[ Hadis Al-Bukhari ]

Dan berdakwah tu salah satu tujuan kita hidup kat dunia ini. [ al-An’am: 165 ]
Apa je yang Allah suruh, kan tak elok kita ignore.
Kita nak sesama dengan awak lawan nafsu nafsi dunia.
Kita yakin kita semua kuat.

Kita sayang awak kerana Allah,
Sebab tu bila kita update status dakwah, kita usaha sertakan dengan ayat al-Quran sekali,
sebab kita nak bagi awak sesama rasa sedih, rasa diri kita ni hina, rasa banyak lagi dosa yang kena minta ampun dengan Allah setiap masa. 
Ya Allah T_T
Ampunkan kami. Ampunkan kami. Ya Rahman, Ya Rahim T_T

Kita sayang awak kerana Allah,
Sebab tu kita suka tengok gambar awak bertudung.
Kita LIKE sekali, alhamdulillah, sebab happy sangat tengok awak dah bertudung, comel sangat.
Tapi esok awak update gambar awak freehair pulak.
Kita jadi pening, mana satu yang betul ni.
Tapi kita tak pernah bising. Kita selalu doakan awak. Kita sayang sangat kat awak.
Sebab kita yakin, inshaaAllah, awak akan jadi lebih baik daripada kita,
lebih baik daripada semua orang yang baik. Allahumma amin.

Kita sayang awak kerana Allah,
Sebab tu kita tak update gambar kita dengan awak bila awak tak tutup aurat denga sempurna.
Kalau kita update pun, 
Kita edit bagi hitam kat memana aurat awak yang tak tertutup.
Kita sayang awak,
Kita taknak awak tunjuk aurat awak sana sini.
Bagi yang bukan mahram tengok.
Allah T_T
Awak selalu kata awak sayang ayah, suami, abang-adik lelaki dan anak-anak lelaki awak,
tapi sebab awak tak tutup aurat tu, mereka kena tarik sekali masuk neraka, nauzubillah.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[ An-Nuur: 31 ]

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang." 
[ Al- Ahzab: 59 ]

Kita sayang awak kerana Allah,
Kita selalu doakan awak dengan 'pakwe' awak clash.
Bunyi macam busuk hati penuh hasad dengki kan.
Padahal clash lah bagus.
Daripada sentuh sana sini, ambil gambar dedekat, buat duckface sesama,
pepeluk macam orang dah kahwin. Nauzubillah.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah fahishah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)”
(Surah al-Isra’: ayat 32)

Kita sayang awak kerana Allah,
Kita selalu dengar awak kata kat orang yang baca al-Quran kat tempat awam,  
"Dah kenapa dia ni menunjuk-nunjuk baca al-Quran kat public. Weh aku pun
baca al-Quran jugak lah weh."
Sedangkan tak salah pun nak baca, bawak al-Quran ke memana.

"Islam datang dalam keadaan dagang ( asing ). Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu."
[ Riwayat Muslim ]

Kita sayang awak kerana Allah,
Kita taknak awak mengeluh bila setiap kali Dia bagi mehnah (ujian) kat awak.
Dunia ni memang tempat ujian awak.
Awak rasa perit, susah, panas kat dunia ni je.
Kat akhirat nanti, pergh best dia tak dapat nak bayang macam mana.
Jadi, jom kita sesama harung susah payah dunia ni dulu,
inshaaAllah, nikmatnya akan kita sesama rasa kat akhirat.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?"
[ Al-Ankabuut : 2 ]

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.
[ Al-Ankabuut : 3 ]

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.
[ Al-Baqarah : 216 ]

Awak selalu tanya, "Kenapa Kau uji aku dengan ujian yang teruk sampai macam ni sekali?"

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”.
[ Yusuf : 87 ]

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”.
[ Ali Imraan : 200 ]

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”.
[ Al-Baqarah : 45 ]

Kita sayang awak kerana Allah,
Kita selalu dengar awak kata, "Eh dia ni tudung punya labuh, hubungan dengan Allah kemain lagi jaga,
pakai handsocks, tutup aurat sempurna kemain, tapi perangai macam hapaa."
Astaghfirullah. 
Kita sesama doakan diri kita dan mereka kembali ke jalan yang lebih diredhai Allah ya.
Kita sayang awak, kita sayang semua saudara seIslam kita.
Jom tarbiyah diri, dan jauhkan diri daripada mencari keburukan orang lain.
Lebih baik mencari keburukan diri sendiri dan perbetulkan dengan bertaubat.
InshaaAllah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
[ al-Hujurat: 11 ]

“ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan itu dilarang ) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut ) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
[ al-Hujurat: 12 ]

Rasulullah SAW telah bersabda,

“ Tahukah kamu apa itu ghibah?” Mereka menjawab: “ Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “ Iaitu apabila kamu mengatakan sesuatu tentang saudaramu yang apabila dia mendengarnya akan membuatnya marah.” Ada yang bertanya: “ Bagaimana jika yang dikatakan itu memang betul?” Baginda menjawab: “ Sekalipun yang dikatakan itu betul, ia tetap ghibah. Dan jika yang kamu katakan itu tidak betul, maka kamu telah mengada-ngada tentang saudaramu.”
[ Riwayat Muslim ]

Kita sayang awak kerana Allah,
Walaupun kita kekadang ego, taknak mengaku kita sayang awak.
Tapi Dia tahu, dalam hati ni ada taman, muka je brutal, tapi sahabat awak ini sentiasa 
sayang awak kerana Allah, sentiasa doakan awak.
Kita taknak jadi ego dan sombong.
Kita taknak jadikan syaitannirojim dengan firaun tu idola kita.
Kita mengaku sekarang yang kita sayang awak >

”(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahannam”
( Az-Zumar: 72)

Kita sayang awak. Kita sayang awak kerana Allah.
Jom kita sesama terima kebenaran ini walaupun ianya pahit.
Dan untuk saudara yang bukan Islam, mari kita sesama dekati mereka,
tunjukkan pada mereka bahawa Islam ini dihiasi dengan manusia manusia
yang indah akhlaknya dan semoga mereka lebih tertarik untuk mendekati Islam, inshaaAllah.

Allah telah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam, dan janganlah kita ragui walau sedikit pun.

"Sungguh, kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." 
[ Surah Al-Fath: 1 ]

Dan tolong, tolong jangan ingat balik apa apa yang dah lepas.
Sama ada aku atau kau.
Pandang ke hadapan. Jadikan diri lebih baik setiap hari.
InshaaAllah, kita boleh.

Wallahua'lam.

[ AD ]


2 comments:

  1. Very Good ...
    Suka awq punya nasihatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbt.

      Syukran jiddan. Haaza min fadhli Rabbi.

      Syukran kerana sudi baca tanpa skip.

      Delete