Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

"Kalau aku boleh, kenapa orang lain tak boleh?"



"Kalau aku boleh berubah. Kenapa tak orang lain? Kenapa taknak usaha berubah juga? Tolonglah. Pleaselah wekap. Ergh. Kekadang jadi fedap." Chot luah perasaan. 'Astaghfirullah.' Hati istighfar. Rasa bersalah dengan Dia kerana terlalu mengikut perasaan.

"Chot. Istighfar. Bebanyak istighfar. Bila kita pilih untuk berubah, kita tak boleh nak harap semua orang akan berubah dengan kita masa tu. Semuanya perlukan masa. Kita tak boleh ubah orang Chot. Kita cuma boleh bantu je. Mungkin dari segi teguran, nasihat dan paling penting doa. Cukup sekadar itu. Yang lain Dia settle. Allah yang pegang hati kita semua. Allah yang menggerakkan hati mereka. Allah juga yang menggerakkan hati kau. Jadi, Alhamdulillah. Doa supaya Allah lapangkan dada kita ya. Semoga dilapangkan dada, ditenangkan hati dan dipermudahkan segala urusan. InshaaAllah. Allahumma aminn. Amek ni." Bat usap belakang Chot. Transfer ketenangan kat Chot. InshaaAllah jadi tenang dengan ayat ayat cinta Allah. "Surah 56 dengan 76. Bila aku baca surah surah ni, aku rasa aku kena berubah. Memang kena berubah. Ikhlas. Lillahi Ta'ala. Bukan nak syurga semata. Tapi nak syurga sebab nak jumpa Dia." Muka Bat eksaited.

"Ingat tak ayat ni? Pengorbanan dalam diri. Pengorbanan duniawi. Korbankan kehendak nafsu demi kecintaan pada Allah." Bat senyum.

"Mato?" Chot bulat mata. Comel lah tu kononnya.

Bat gelak kecil. "Ingat je kau. Yelah kan. Supporter abadi lah katakan." Pautan pada bahu Chot semakin erat. "Uhibbuka fillah." Bat melebarkan senyuman ikhlasnya.

"Aku pun." Chot mengoyak sengih. Kelebaran mencapai tahap infinity.

**

Surah Al-Waqi'ah. Surah Al-Insaan.

#thisistarbiyyah

No comments:

Post a Comment