Current updates:
"So, which of Allah's favours will you deny?" |Ar-Rahman 55: 13|

Husnul Khotimah ke Su'ul Khotimah?


Usai Bat solat dhuha dan Med mengqada' solat subuh yang tertinggal kerana terlalu mengikut nafsu tidur dia,

"Bat."

"Hem?" Bat pandang Med.

"Aku terfikir. Macam mana agaknya kalau aku tak sempat nak qada' solat subuh tadi? Macam mana kalau aku tak sempat nak dhuha sama dgn kau macam tadi? Macam mana kalau aku mati masa aku sesedap tidur masa hamba Allah yang lain tengah khusyu' solat jemaah kat masjid? Ya Allah." Sedih sangat Bat tengok Med. Menyesal betul ni.

"Alhamdulillah Med. Alhamdulillah, kau sempat qada' solat yg tertinggal. Allah terlalu sayang kat kau, kat kita semua. Sebab tu Dia masih bagi kita masa untuk bertaubat Med. Cuma, sifat manusia ni sentiasa buat silap. Kita taktahu pengakhiran kita husnul khotimah atau su'ul khotimah, Med. Kita cuma mampu bertaubat je. Dan, kalau boleh taubat nasuha. Taubat nasuha ni maksudnya bila kita buat satu kesilapan ni, lepastu kita taubat sungguh sungguh, lepas kita taubat, kita berdoa supaya kita dijauhkan daripada melakukan kesilapan tu lagi. InshaaAllah, bila kita tak buat kesilapan itu lagi dah, itu dinamakan taubat nasuha Med." Panjang lebar Bat menerangkan. Beriya Med dengar. Dengan muka serious sambil mengangguk lincah.

"Allah, muka tak boleh nak comel lagi ke Med?" Bat gegelak. 'Kemain gelak kau eh Bat. Sampai lupa bebila je nyawa boleh kena tarik.' Hati Bat refleks. "Astaghfirullahal'azim." Cecepat Bat istighfar.

"Hehe. Allah, gelakkan orang kemain ye. Pukul karang baru tahu." Eh Med garang pulak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ
فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

”Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.” 

Cek Surah Al-Kahfi.

Ayat 103-104.

#thisistarbiyyah

No comments:

Post a Comment