--
Hampir setiap malam dia menatap wajah ibunya tatkala ibunya tidur. Dia baring sebelah ibunya, dan menatap wajah ibunya penuh kasih. Dia tahu selama ini dia ego. Tak pernah dia luahkan perasaan sayang kepada ibu dia secara berdepan. Mungkin kerana dia dibesarkan dengan cara begitu.
Pantas dia bermonolog dalaman,
"Kedutan di wajah tua inilah bukti susah payah penat jerih ibu membesarkan aku. Garisan-garisan halus di wajahnya bukti kecekalan seorang ibu membesarkan aku dan abang aku. Terima kasih ibu. Orang sayang ibu." Dia senyum sedikit.
Kolam matanya yang penuh, empangan yang hampir pecah, akhirnya, melimpah juga. Dah lama dia tahan, akhirnya melimpah ruah. Basah sedikit comforter ibu dia.
"Ibu, moga Allah beri kesempatan untuk orang bagitahu yang orang sayang ibu. Orang nak peluk ibu, nak cium ibu." Air mata yang berkali-kali jatuh, dia seka perlahan.
Sungguh, dia tidak tahu bagaimana respon dia, jika Allah ambil ibunya dulu. Ya Allah, tak sanggup rasanya. Dalam esakan kecil, dia berdoa agar Allah ambil dia dulu. Ya, dia bukannya baik sangat macam orang lain, tapi dia masih mahu Allah ambil dia dulu.
"Baiklah. Aku usaha jadi baik. Lepas tu boleh mati awal. Ibu selalu kata orang baik mati dulu." Dia terdiam sekejap.
"Ibu kata orang baik mati dulu." Dengan perlahan, satu-satu perkataan dia sebut.
Tiba-tiba dia terfikir, "Tapi.. Ibu kan baik? Terlalu baik. Ya Allah." Air mata mengalir laju tanpa dipaksa. Dia bangun, lalu terus bertahajjud memohon keampunan kepada Allah dan berdoa, berdoa dan terus berdoa.
Pagi esoknya..
"Fateh, Fateh!" Ibu Fateh panggil.
"Kenapa tak bangun lagi ni? Dah pukul berapa dah. Subuh Fateh. Fateh, Fateh?" Ibu menggoncang badan Fateh perlahan. Ibu terus panggil si abang.
Beberapa minit kemudian, si abang beritahu, "Ibu, Allah lebih sayang Fateh. Allah sayang Fateh." Si abang tersandar perlahan ke dinding. Satu-satunya adik yang dia ada. Allah.
Air mata ibu mengalir laju. "Ya Allah. Aku redha. Aku redha." Si ibu terus memeluk badan yang tidak bernyawa itu. Erat. Bagai tak mahu lepaskan sampai bila-bila.
Flashback ketika pagi tahajjud itu, selepas Fateh selesai solat-solat sunat, dia kucup dahi dan pipi ibu dia perlahan berkali-kali, tak mahu ibunya terjaga. Ibu selalu tahajjud pukul 3. Masa tu pukul 2. Cepat-cepat dia tulis surat dan letakkan surat tu di atas meja belajar dia. Taktahu kenapa. Dia rasa lain sikit pagi tu.
"Orang sayang ibu. Sayang sangat. Sayang abang juga. Sangat." Ayat terakhir Fateh malam itu. Ada kesan air mata pada surat itu.
--
Tamat.
salam :)
ReplyDeletezeti....hihi, maaflahhh jarang sangat2 bukak blog sekarang nihh..
semoge sukses dlm berblogger dan menampaikan dakwah :)
Keren cerpennya gan.
ReplyDeleteTravel Surabaya Malang bareng Nahwa Aja ya
PT NCS Jasa Pengiriman Barang dan Dokumen untuk Online Shop